Mahathir: I still remember sending Mat Sabu to cook in Taiping

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu membuka cerita mengapa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke arena politik dan bersama pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional. Berucap dihadapan peneroka Felda Gunung Besout 1 semalam, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, kembalinya Mahathir ke arena politik pastinya kerana ada sesuatu yang hendak dilakukan negarawan itu untuk menyelamatkan Malaysia. "Akhirnya dia turun gelanggang bersama kita, dengan umur lebih 92 tahun cuba tengok Tun Mahathir dia nak apa. Nak apa Tun?. "Sepatutnya sayalah yang berangan untuk jadi Perdana Menteri. Tapi Tun dah 22 tahun (jadi PM) nak apa?. Semua bentuk kebesaran dapat. Ertinya bila dia kembali ada perkara yang besar dia hendak lakukan untuk selamatkan Malaysia," kata Mat Sabu dengan penuh semangat. Pakatan Harapan giat mengadakan siri jelajahnya ke kawasan Felda bagi menarik undi melayu pada PRU umum akan datang.